Isnin, 25 April 2011

11) Prosecutor Princess (Korean Drama Series)



Drama ni berasaskan tentang misi rahsia Seo In Woo (hero) untuk membersihkan nama ayahnya yg dianggap pembunuh. Puncanya bermula apabila ayah Ma Hye Ri, Ma Sang Tae terbunuh seorang wakil mogok yang tamak. Tapi, ayah Hye Ri berjaya menutup kesalahannya dengan bantuan beberapa orang kenalan, namun ayah In Woo, Seo Dong Gun telah didakwa atas kesalahan tersebut. Sepanjang misi In Woo berjalan, pelbagai konflik yang berlaku tetapi cinta Hye Ri terhadap In woo mula berputik sikit demi sikit... etc.

p/s --> malas cerita panjang sgt, tgok la sendiri.

Pengajaran yang boleh diambil:
1. Manusia mesti mengaku kesalahannya supaya tidak menyebab berlakunya fitnah

2. Seorang ayah atau ibu harus bijak memberi kebebasan kepada anak2 mereka, bukan bebas bermaksud berbuat sesuka hati

3. Selami dan fahami hati anak2 adalah pendekatan terbaik, bukannya melentik atau meninggi suara apabila anak2 buat salah

4. Bekerja dengan penuh hati2 dan tanggungjawab

5. Belajar menjaga hati semua pihak untuk memperoleh dan mengekalkan hubungan yg baik sesama manusia

6. Hargai orang2 yang menyayangi kita dengan sebaik mungkin, jangan menyesal di kemudian hari apabila telah hilang kepercayaan mereka thadap kita.

7. Harta bukan penentu kebahagian, dan harta yang byk xkan kekal lama jika disalurkan ke arah yang sia2

8. Cinta adalah sgt kompleks dan pada masa yg sama ia mudah, janji hati mesti ikhlas.

9. Bantulah mereka yang berada dalam kesusahan terutama mereka yang teraniaya, mengikut kemampuan yg ada.

10. Rasuah itu membina satu masyarakat yang kurang etika, kotor dan zalim.

1 ulasan:

Mardhati Husna berkata...

serious cerita buat awok nanges gile2....argghh...sentimentalnya isu famili dalam cerita ni...aigooo..chincha!!! nanges dan teros nanges dan teros nanges...smpai bgkak mata