Jumaat, 12 Ogos 2011

Saya dan Samantha Nuraieen



Seriuz kami ada iras-iras sikit. Sebab teman selalu belek2 muka sendiri kat cermin, memang rasa ada muka si shasha ni. Cuma deme ni versi keding, teman versi chubby chub chub. Bawah ni ada lagi gambar, tapi kemudianla ye. Teman nak out sekejap, drive my mum out.

Rindu pada Yang Dulu


Sedih...itu yang mampu diucapkan, mengenangkan situasi teman sekarang. Banyak benor yang menurun daripada menaik. Tapi still berat badan naik jugak. Haih... (Ish! xbaik mengeluh, kan...) Sekarang ni macam2 masalah ada. Tak nak la teman cerita dengan terperinci, tapi teman tau apa puncanya. Itulah degil, xnak buat ibadat betul2. Main-main, xingat mati. Ate, apeke bodoh teman ni, tapi masuk iniversiti jugak. Buat2 bodoh la ni. Pui2!

Haish, mencari karakter yang ideal ni, contohnya:

1. Islamik (wallah!)

2. Rajin dan tekun

3. Berfikir dengan bijak

4. Bertutur dengan hikmah

5. Dan lain-lain

P.s. - malas teman nak cakap banyak. Lebih baik senyap daripada cakap yg bukan2, ye dak.

RINDU GILER KAT DIRI TEMAN YG GILANG GEMILANG DULU, YANG TULUS MULUS, PUTIH PON MULUS JUGE!!!!

Kena cari cahaya banyak2 ni, dah gelap sangat hati ku ini. Cepat!! Mati duk panggil je tuh. Risau teman...

Sekian.

Wassalam.

='''(

Rabu, 10 Ogos 2011

Japanese Baked Cheese Cake


Assalammualaikum, harini nak kongsi resepi kek keju ye. Ni sume teman blajo dalam 1 program pembangunan kat Dewan Umno, Sitiawan, Perak. Mak teman yang mintak temankan majlis makcik2 ni ye. Mari mulakan dengan Bismillah ye.


Bahan-bahan:

Bahan A
Cream cheese - 160gram
Mentega/marjerin - 40gram
Susu (UHT) - 60gram

Bahan B
Telur kuning - 75gram
Jus lemon/oren - 10gram

Bahan C
Tepung superfine - 30gram
Tepung jagung - 30gram

Bahan D
Putih telur - 150gm (4no.)
Gula kastor/gula halus - 100gm
Garam - 2gram (1/2 sudu kecil)

Bahan tambahan:
Sedikit parutan kulit limau/lemon
Krim of Tartar


Cara-cara:

Pukul bahan A hingga sebati. Panaskan menggunakan kaedah "double boil" dan pukul sehingga kembang dan gebu. (Jika mentega/marjerin masih dalam keadaan sejuk dan beku)

|
V

Masukkan telur kuning (satu persatu) dan jus lemon - ke dalam adunan Bahan A tadi - sambil pukul hingga sebati.

|
V
Masukkan Bahan C sedikit demi sedikit dan gaul sehingga bancuhan jadi lembut dan gebu.

|
V

(Dalam bekas lain) Pukul putih telur, gula dan garam sehingga gebu dan kembang memuncak. (Boleh tambah krim TARTAR jika mahu dan kacau, sudah selesai, masukkan sedikit parutan kulit limau/lemon dan kacau shgga sebati)

|
V

Masukkan putih telur tadi ke dalam bancuhan A+B+C , gaul dengan spatula sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan tin 9'', lapik kertas. bakar dengan kaedah "water bath" pada suhu 150darjah selama +-1jam atau sehingga masak



Pantang-larang:

Lebih baik menggunakan mesin pemutar yang bekerja dengan kelajuan yg konsisten. Jimat tenaga manusia.

Bancuhan bahan D, pastikan tepu.

Boleh tambahkan krim of TARTAR (1/2 sudu kecil) dalam bahan D, cikgu yg rekomen.

Pastikan pukulan atau putaran hanya sehala sahaja, jangan 2hala, untuk kemasukan udara yang lebih terjaga.

Jangan sapu marjerin di tepi acuan, ini akan menghalang kek daripada memanjat sekeliling acuan tersebut menyebabkan kek bangkit di bhgian tengah sahaja.

Apabila kek sedang dibakar, jangan sesekali buka pintu oven, kecuali selepas tempoh 50minit.

Selepas tempoh pembakaran sudah tamat, jgn terus keluarkan kek itu, bukakan sedikit pintu oven, dan tunggu shgga sejuk.

Untuk menentukan samada kek sudah masak atau belum, selepas 50minit itu, gunakan lidi dan cucuk d bhgn tengah kek hingga ke dasar. jika masih cair, kek itu masih belum masak sepenuhnya.

Haba di dalam oven mestilah dari arah atas dan bawah.