Rabu, 20 Oktober 2010

2) Tiada Apa Untukmu

Aku mengerti, luka di hatimu,
Memiliki kekasih hati, tetapi duka di kalbu.
Yang aku tidak mengerti, kenapa diriku,
tidak mampu memahami dirimu.

Komitmen tidak diberi kepadamu,
Aku sedih apatah lagi kamu,
Telah diperah usaha tanpa jemu,
Akhirnya tidak jua ku temu,
Kasihku kepadamu.

Adakah kerana diriku,
merasakan bahawa tidak memerlukanmu
atau adakah kerana aku tidak tahu
bagaimana untuk melayan kerenahmu
secara ikhlas di kalbu
tidak wujud sesuatu
yg indah untukmu
kerna aku mengaku
aku tidak mencintaimu.

1) Moga Kesetiaanku Berkekalan Untukmu

Mengapa tatkala ku menjalani kehidupanku,
godaan demi godaan menjelma.
Hatiku bergelora, jiwaku berantakan dan mindaku berkecamukan.
Padahal aku sudah ada kamu.
Walaupun kamu bukanlah yang diidamiku,
tapi kamu sudah cukup ku kenali,
sudah cukup buatku berasa selesa, berani dan bersahaja,
hanya mampu menjadi diriku yg sebenar2nya.
Mmg kamulah yg buatku rasa seprti diriku sendiri.
tiada dusta, tiada samar, tiada pura2.

Namun, mengapa hati ini masih mengingini yang lain.
yang lebih baik drpd kamu.
yang lebih mampu, yang telah bersedia, yg lebih matang,
yg mampu membimbingku.
kerna aku sgt lemah, dan kamu juga xkurangnya.
Lengkapkah kita berdua begini?
Atau kita perlukan yg lebih istimewa?
Setiap hari aku berangan2, namun tiada nampak jalannya.
tiada makbulnya jika hanya bermain di minda dan di jiwa.
realitinya, hanya kosong, habuk semata2.
mengapa tidak nampak lg jlan menuju ke arah itu?
aku bingung. aku sebak. aku serabut. aku menangis.
bolehkah kita bersama,
membina memori, meneruskannya, mengembangkan sayapnya
dan mengabadikannya ke langit biru.
tinggi nun di sana.
cinta yg diredhai Tuhan.

Ternyata banyak sengsara
menguji kesetiaanku kepadamu
adakah ini dugaan untuk kita
memiliki diri kita berdua
dugaan untuk kita
menuju ke syurga dunia
dugaan yg xkan berhenti
selagi hayat dikandung badan.

Kesetiaan, adakah hanya sebuah perkataan
atau kata mutiara yg tidak ternilai harganya?
untuk mencapainya sangatlah sukar
kerna setiap masa harus ia mekar
bagaimana ingin mengekalkannya??
aduhai, merananya jiwa
menggenggam setia bagaikan bara api
namun bagi yang ikhlas hatinya
bagai bunga yg harum semerbak.
Mengapa harus setia?
Sedangkankamu sgt lemah
sedangkan kamu buruk angkara
sedangkan kamu merah seperti bara
sedangkan kamu xpernah paham derita


Namun ku berusaha
dan tetap berdoa
moga kamu pandang ke mata hatiku
menghayati impianku terhadapmu
membina masjid terindah
melahirkan si kecil yang mulia
semoga bekalan di dunia
cukup untuk membawa kita semua ke syurga
sesungguhnya Allah itu Maha Mulia
Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Tambahan pula, Dia Maha Pengampun
Ampunan-Nya lebih tggi drpd murka-Nya

Maka marilah kita menuju
mendapatkan Keredhaan-Nya
Dgn bertaubat kepada-Nya
Dan kekalkanlah kesetiaan kepada-Nya
agar kekal setialah kita jua.