Memiliki kekasih hati, tetapi duka di kalbu.
Yang aku tidak mengerti, kenapa diriku,
tidak mampu memahami dirimu.
Komitmen tidak diberi kepadamu,
Aku sedih apatah lagi kamu,
Telah diperah usaha tanpa jemu,
Akhirnya tidak jua ku temu,
Kasihku kepadamu.
Adakah kerana diriku,
merasakan bahawa tidak memerlukanmu
atau adakah kerana aku tidak tahu
bagaimana untuk melayan kerenahmu
secara ikhlas di kalbu
tidak wujud sesuatu
yg indah untukmu
kerna aku mengaku
aku tidak mencintaimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan