Isnin, 21 November 2011

AQIT HARIS.... another little prince






ini lagi cute daripada yang tuh...saya je tahu sape.. :P

My Little Fair Prince



My AWISH~~~ suka sangat merayau-rayau... terkebil-kebil mata tuh duk pandang sana sini. Wajah sangat x bersalah. Xsabar nak pergi jumpa Awish lg. Nak cubit2 smpai merah pp.

Isnin, 31 Oktober 2011

PIALA TPM (TIMBALAN PERDANA MENTERI)

Ni gambar saya dan famili silat saya. Diambil masa game OPEN UTHM kat BERJAYA TIMES SQUARE. sangat2 rindu masa ni. Coz I'm the manager.. ;3

Jumaat, 12 Ogos 2011

Saya dan Samantha Nuraieen



Seriuz kami ada iras-iras sikit. Sebab teman selalu belek2 muka sendiri kat cermin, memang rasa ada muka si shasha ni. Cuma deme ni versi keding, teman versi chubby chub chub. Bawah ni ada lagi gambar, tapi kemudianla ye. Teman nak out sekejap, drive my mum out.

Rindu pada Yang Dulu


Sedih...itu yang mampu diucapkan, mengenangkan situasi teman sekarang. Banyak benor yang menurun daripada menaik. Tapi still berat badan naik jugak. Haih... (Ish! xbaik mengeluh, kan...) Sekarang ni macam2 masalah ada. Tak nak la teman cerita dengan terperinci, tapi teman tau apa puncanya. Itulah degil, xnak buat ibadat betul2. Main-main, xingat mati. Ate, apeke bodoh teman ni, tapi masuk iniversiti jugak. Buat2 bodoh la ni. Pui2!

Haish, mencari karakter yang ideal ni, contohnya:

1. Islamik (wallah!)

2. Rajin dan tekun

3. Berfikir dengan bijak

4. Bertutur dengan hikmah

5. Dan lain-lain

P.s. - malas teman nak cakap banyak. Lebih baik senyap daripada cakap yg bukan2, ye dak.

RINDU GILER KAT DIRI TEMAN YG GILANG GEMILANG DULU, YANG TULUS MULUS, PUTIH PON MULUS JUGE!!!!

Kena cari cahaya banyak2 ni, dah gelap sangat hati ku ini. Cepat!! Mati duk panggil je tuh. Risau teman...

Sekian.

Wassalam.

='''(

Rabu, 10 Ogos 2011

Japanese Baked Cheese Cake


Assalammualaikum, harini nak kongsi resepi kek keju ye. Ni sume teman blajo dalam 1 program pembangunan kat Dewan Umno, Sitiawan, Perak. Mak teman yang mintak temankan majlis makcik2 ni ye. Mari mulakan dengan Bismillah ye.


Bahan-bahan:

Bahan A
Cream cheese - 160gram
Mentega/marjerin - 40gram
Susu (UHT) - 60gram

Bahan B
Telur kuning - 75gram
Jus lemon/oren - 10gram

Bahan C
Tepung superfine - 30gram
Tepung jagung - 30gram

Bahan D
Putih telur - 150gm (4no.)
Gula kastor/gula halus - 100gm
Garam - 2gram (1/2 sudu kecil)

Bahan tambahan:
Sedikit parutan kulit limau/lemon
Krim of Tartar


Cara-cara:

Pukul bahan A hingga sebati. Panaskan menggunakan kaedah "double boil" dan pukul sehingga kembang dan gebu. (Jika mentega/marjerin masih dalam keadaan sejuk dan beku)

|
V

Masukkan telur kuning (satu persatu) dan jus lemon - ke dalam adunan Bahan A tadi - sambil pukul hingga sebati.

|
V
Masukkan Bahan C sedikit demi sedikit dan gaul sehingga bancuhan jadi lembut dan gebu.

|
V

(Dalam bekas lain) Pukul putih telur, gula dan garam sehingga gebu dan kembang memuncak. (Boleh tambah krim TARTAR jika mahu dan kacau, sudah selesai, masukkan sedikit parutan kulit limau/lemon dan kacau shgga sebati)

|
V

Masukkan putih telur tadi ke dalam bancuhan A+B+C , gaul dengan spatula sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan tin 9'', lapik kertas. bakar dengan kaedah "water bath" pada suhu 150darjah selama +-1jam atau sehingga masak



Pantang-larang:

Lebih baik menggunakan mesin pemutar yang bekerja dengan kelajuan yg konsisten. Jimat tenaga manusia.

Bancuhan bahan D, pastikan tepu.

Boleh tambahkan krim of TARTAR (1/2 sudu kecil) dalam bahan D, cikgu yg rekomen.

Pastikan pukulan atau putaran hanya sehala sahaja, jangan 2hala, untuk kemasukan udara yang lebih terjaga.

Jangan sapu marjerin di tepi acuan, ini akan menghalang kek daripada memanjat sekeliling acuan tersebut menyebabkan kek bangkit di bhgian tengah sahaja.

Apabila kek sedang dibakar, jangan sesekali buka pintu oven, kecuali selepas tempoh 50minit.

Selepas tempoh pembakaran sudah tamat, jgn terus keluarkan kek itu, bukakan sedikit pintu oven, dan tunggu shgga sejuk.

Untuk menentukan samada kek sudah masak atau belum, selepas 50minit itu, gunakan lidi dan cucuk d bhgn tengah kek hingga ke dasar. jika masih cair, kek itu masih belum masak sepenuhnya.

Haba di dalam oven mestilah dari arah atas dan bawah.

Jumaat, 29 Julai 2011

Nora Roberts: Angels Fall

Ini movie yang baru teman nengok kat DIVA, investigation + romance... omaigod omaigod omaigod.. I LOVE IT!!! HAHA..coz wat? Sebab teman mmg suke genre camni cuma ada unsur2 jiwang la sikit. Tapi apa yang menarik tentang Angel Falls daripada movie Nora Robert yang lain ialah ..... tet ........ tet ....... tet .......

|
|
|
|
|
V

HERO cerita ni~ Johnathon Schaech. This guy remind me of some1, try la teka. Hurm~~ Kenapa la xleh nak lupa? sebab cerita ni punya pasal la. Dah terkenang balik kat mamat tuh. Cuma John a.k.a Brody ni versi lagi ganteng le.. ok. Cukuple teman membebel.



Brody


~~~~~ Tamat ~~~~~

Kenangan Manis yang Lalu




Erm..macam budak-budak rasanya.. kui3

Khamis, 28 Julai 2011

Ada Beza Tak?

Ni kerja teman masa cuti2 ni. mencipta logo atas permintaan membe teman. Ala..apa salahnye kan. leh aah otak kanan dek main2 dengan warna. Malas nak cakap banyak, enjoy the photos.



Yang atas ni mode rajin ek.







Yang ni plak, mode malas, ade beza x??

Rabu, 27 Julai 2011

3) Salam Ramadhan kepada Seluruh Umat Islam



Assalammualaikum, dan insyaALLAH kita akan mula berpuasa pada tarikh 1 0gos 2011 / 1 Ramadhan 1432 AH. Niat kene perbetulkan untuk bulan mulia tahun ini. Semua diharap bersedia untuk mencari dan memohon keampunan dan keberkatan Allah swt kerana bulan ni Allah mengikat semua iblis dan syaitan, dan segala pintu Syurga dibuka seluas-luasnya..

Moh la kita jihad fisabilillah.

Amin...


Ahad, 10 Julai 2011

1) BERSIH - Demonstrasi Aman jadi tak Aman

Meluat aih tengok politik M'sia ni, kenapa la Government ni monopoli sangat. Ni sume kes pilih kasih ka??? Memangla ramai orang demonstrasi, sebab pilih kasihlah ni. Sapa2 yg sokong kerajaan je dapat keistimewaan. Ni la bila pemimpin Islam x serupa Islam. Pendapat rakyat xdihiraukan, takut hilang kuasa la tuh. Kalau nak tawan hati rakyat, dengaqlah dulu suara hati depa. Mesti ada yang xpuas hati sgt2 smpai depa nak demo. Pemimpin kena la jaga hati depa jugak. Polis pulak jadi orang tengah. Ni bukan setakat gaduh cam 13Mei, ni dah gado2 sesama kaum sendiri. Cubalah bayangkan bapak dia polis, anak plak pegi demo. mau terkilan hati bapak dia, takut anak terkena bala ke apa.. Dahtu Sultan dah perkenan, apsai kerajaan degil plak xnak tgok memo diorang. Bende ni buat ceq makin nyampah la plak. WALAUpun sekarang, ceq pinjam duit kerajaan, tp pikiaq balik la. duit kerajaan pon, datang drpd duit rakyat. Ingat harta mutlak depa ka?? Tolong la... ni ceq dalam dilemma ni. Mak bapak suka kat BN, ceq pon suka BN,orang2 BN..tapi xsuka la suma, terutama kpla dia. BN kat tempat ceq ok dah. Mak siap warning, jgn duk gatai carik orang Pas plak. Tengokla mind setting manusia zaman sekarang. Sikit2 tgok status politik. Tak guna la politik2 ni kalau dalam hati, ada durian busuk! Jaga hati orang sama parti ja, orang parti lain dikeji. Kalau la hangpa nak orang join parti pilihan hangpa, tunjuk prangai senonoh dan mulia sikit. Kalau sogok tu, hangpa punya pasai la ngn Tuhan. Makan makanan haram, xbhgia dunia akhirat. Sekarang ni ada dilemma kedua, BN pon cek xyakin, Pas pon ceq xyakin. Nak sokong sapa???? Sokong MAT LUTHFI la.. boleh dak? tapi dia kat Astralia nun...

BERITA tadi.. kenapa orang xmau daftar undi??
pasai hal ni la, bukan benda lain lagi, ramai orang dah malas nak pilih sapa nk jadi pemimpin. Bukan pasai duit ka pa. Apa nak jadi, jadilah. (ceq kutuk diri sendiri ka?). Adeh... xdak calon lain ka???

Rindu zaman Tunku Abdul Rahman... itu betul2 semangat patriotik. Siap amik kira kebajikan kaum lain. memang Suspek la. (Wallahualam).

Dunia ni Dajjai nak mai dah. Ceq kena tingkatkan iman ni.. Xdak masa dah ni..
Salam..


Isnin, 25 April 2011

11) Prosecutor Princess (Korean Drama Series)



Drama ni berasaskan tentang misi rahsia Seo In Woo (hero) untuk membersihkan nama ayahnya yg dianggap pembunuh. Puncanya bermula apabila ayah Ma Hye Ri, Ma Sang Tae terbunuh seorang wakil mogok yang tamak. Tapi, ayah Hye Ri berjaya menutup kesalahannya dengan bantuan beberapa orang kenalan, namun ayah In Woo, Seo Dong Gun telah didakwa atas kesalahan tersebut. Sepanjang misi In Woo berjalan, pelbagai konflik yang berlaku tetapi cinta Hye Ri terhadap In woo mula berputik sikit demi sikit... etc.

p/s --> malas cerita panjang sgt, tgok la sendiri.

Pengajaran yang boleh diambil:
1. Manusia mesti mengaku kesalahannya supaya tidak menyebab berlakunya fitnah

2. Seorang ayah atau ibu harus bijak memberi kebebasan kepada anak2 mereka, bukan bebas bermaksud berbuat sesuka hati

3. Selami dan fahami hati anak2 adalah pendekatan terbaik, bukannya melentik atau meninggi suara apabila anak2 buat salah

4. Bekerja dengan penuh hati2 dan tanggungjawab

5. Belajar menjaga hati semua pihak untuk memperoleh dan mengekalkan hubungan yg baik sesama manusia

6. Hargai orang2 yang menyayangi kita dengan sebaik mungkin, jangan menyesal di kemudian hari apabila telah hilang kepercayaan mereka thadap kita.

7. Harta bukan penentu kebahagian, dan harta yang byk xkan kekal lama jika disalurkan ke arah yang sia2

8. Cinta adalah sgt kompleks dan pada masa yg sama ia mudah, janji hati mesti ikhlas.

9. Bantulah mereka yang berada dalam kesusahan terutama mereka yang teraniaya, mengikut kemampuan yg ada.

10. Rasuah itu membina satu masyarakat yang kurang etika, kotor dan zalim.

Ahad, 24 April 2011

10) Business Card (even w/o business)







ye ni la business card teman yg pling simple...ade gmbor rame2 lagi... teman amik fonts times new roman je sbb malas nak sibuk2 cari font lain. sbb teman nak yg standardize punyer :P haha.. prasan x saya conteng tuh... confidential sikit. hanya orang2 yg terpilih je leh tau.. oopss! i did it again.

ok.. nak gi wat untuk minah nama silence melody plak...hurm.... :) kena bg 5 proposal ni...




ini aina punye lak..lagi dahsat...camni teman nak edit balik la temannyer b.card. xadil la dia punye lawo,..hurmmm.....edit kasik lagi lawa!!

9) Lagi Seminggu Lebih =(


Resah gelisah la hati ni, lagi seminggu lebih je nak balik ke UIAM. Rasa cam xpuas duk kat sini, even dah berbulan2 duk kat rumah.. Please la hati, be strong, be patient, be sparkling. Erm...rasa xnak pergi pon ade, mak tanya "Kakngah..kalau xamik shortsem xleh ke?" adeh dalam hati... tertusuk bila dengar.. Mak pon xpuas ek kakngah duk kat rumah. Ya ALLAH, aku memohon pada-Mu, lindungilah dan bimbinglah kami sekeluarga, lahirkan rasa rindu pada kami anak beranak, janganlah kami mengabaikan diri masing2. Engkau Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun..maka ampunkanlah dosa kami semua, dari lahir hingga mati, dari hujung rambut hingga hujung kaki, dari dosa kecik ke dosa besar..

Nanti dah pergi sana, teman arap, teman dah jadi lebih matang, lebih teratur dan sistematik, lebih rajin dan pengemas. Sayang makhluk lain seikhlas hati dan be considerate to every1. UIAM, bukanlah pintu pagar dgn luasnya untuk teman ek.. hihi..

still mood sedih, banyak nak kena plan leklok ni, xleh asyik ikut flow je..buat flow sendirik ek tina..weeeheee...!! adios~~
xsabar nak main kayak kat tasik uia lagi!! matte kudasai neh!

8) Niat Bersenam

erm...dulu pernah tgok kat KBS WORLD channel astro, exercise orang korea. mmg best, macam tarian, itu yg teman suke, sbb teman suke menari2 ni..kool... :) teman pon cari la slot tu kat utube. mule2 cam payah nak jumpe, akhirnya, usaha berhasil, jumpe la jugak vdeonya.. inilah dia.


Teman pon berlatih, teman niat nak kuruskan badan, kasik lemak2 kat badan ni jatuh. maklum la, dh lama xjoging, badan naik cepat sangat sbb stop tiba2. niat teman mmg nak cantik, pakai baju pon nampak kiut, xde la belon sana sini. lipatan pon leh la dikurangkan bila dah slim. dalam banyak2 niat tuh, xterfikir pon pasal isu kesihatan. Pikir nak cantik je, tp secara xlangsung, badan jadik cergas, otak cerdas, badan rasa panas dan ringan, peluh lenjun, jantung berdegup kencang, dll.

napelah xamalkan dari dulu lagi..semua ni bila nak dekat kiamat (sakit) baru nak terhegeh2, xpe..bila kita exercise, ia adalah salah satu disiplin rutin kehidupan. so, sape dapat spent time bersenam, mmg seorang yg agak berdisiplin.( tu dia, bangga ceq). haha

tp niat tuh la, patutnye lebihkan pada kesihatan. sbb cantik tu subjektif. kalau teman slim pon, belum tentu cantik ,pasai orang kata teman lg cantik kalau chubby.. hampeh, selalu potong stim je.. xpe, still terima kasih byk2. ok..set minda betui2, senam untuk jadik sihat!!!!

moh kite bersenam!!!

Sabtu, 23 April 2011

7) Cantik itu Dugaan


Teman xsure le camane nak susun cerita, jadik teman cerita je le apa yg terlintas di benak sekarang ni. Teman bukak FB kadang2 tu usha la kawan2 yang cantik. Teman view la gambar kat album deme, tgok ade yg pandai bergaya, badan lawa dan slim, kulit sihat, mekap tebal, ala2 model gitu, baju ketat2 , secara langsungnya ramai la yg minat. Cantik memang cantik, kadang2 teman sedih, teman pernah la miliki sume tu dulu, even xpndai bergaya pon, badan still lawa lg. (BOLEHLA...) Sume tu pengaruh teman nak jadi cantik, sekarang teman cam makcik2 je. bergaya pon xreti, tp bila bergaya, orang tegur plak, jadik segan...Jadi, teman pon decide nk pakai baju biasa2 je. biarlah nmpak cam makcik, janji xde nak segan memanjang, konfiden lari.

memang tu sume nikmat dan membanggakan bila orang duk minat kite, duk pandang kite, duk kagum kat kite, cantiknyer!!! kata deme. tapi depe lupe , bende2 ni la buat depe jadik riak, bangga, bongkak, muke tu kalau leh tinggi smpai langit pon nak buat jg. bila dh bgga sangat, mula xsedar diri, baju pon makin ketat, makin koyak rabak, tudung xserupa tudung, legging pon dah trend, tp still bertudung jugak.. Memang pelik la manusia zmn sekarang, pelik+kreatif.

kadang2 tgok ade showcase baju muslimah, tapi konsep menutup aurat tu xkena, pahtu baju dia rasa cam berat 100kg, hiasan sana sini, lip lap lip lap. hape la... kalau xsilap teman, kalau bab baju wanita ni, konsep baju taqwa ni, dia xleh menarik perhatian sgt. mesti sederhana, kaler pon xkontras, xde rambu2 sangat.
wanita, kelemahan utama ialah perhiasan. sebenornye depe xtau dpe sendiri pon dah cukup sbagai perhiasan dunia, dah cukup cantik... tapi nak cari lagi kecantikan, biar mencapap sana sini. sian teman kat member2, tapi teman pon dalam proses lagi nih.

erm..wanita mmg cantik, tp duk tayang2 aurat mmg kesian.. teman terkelu lidah. dosa pahala tau, tp manusia mmg selagi xkena bala, selagi tuh, xkan sedor... erm..nauzubillah. cukup la cik Tina merapu malam ni.
ni sume kata2 nasihat untuk diriku dan yg lain2.. tina, mike pon kene beringat ek.. jangan duk ingatkan orang, mike pon same! pelempang bagi kat muke tuh!!! ingat ek!!

=(

Sekian..

Isnin, 18 April 2011

4) Perancangan Menculik Budak (Just Kidding =)





Semalam teman turun bawah , nak pergi beli mkn2 sikit kat kedai.. sambil2 jalan nak balik rumah, ternampak la budak2 duk main kat playground...so cute!!! tiba2 dalam duk pandang budak2 besor main kejar2, muncul lembaga yg sgt kecik..hahha..ade jugak budak bawah umur join budak atas umur.. :P

kerana dia sgt comel, awok pon rakam le vdeo dia..seronok + syok sorang2 je si kecik ni..geram...rasa nak peluk2 je..putih kulit dia gebu..

malas nk taip panjang2..tgok je la gmbar2 and vdeo kat atas nih..

layan~~~

Jumaat, 8 April 2011

3) Terkenang Hobi Lama Saya - FFVII

erm..dulu suka sangat game ff7..even grafik sgt la hampeh kalau korang tgok, tapi masa zaman teman mula2 main dulu mmg itulah yg the best. mana x nya, jepon kan maju seiring ngan US bab2 grafiking nih.. tapi yang paling menarik ialah walktrough cerita game nih. sangat menghayat hati. bila manusia dilanda penipuan dan kekeliruan, mulalah anasir jahat menguasai diri. keperimanusiaan dah hilang, maka manusia jugak hilang. dibunuh orang yang berperangai xserupa manusia..

arggghhhhh.... i love CLOUD

CLOUD..i miss you too... (POSkad daripada Cloud membuatkan teman terasa rindu untuk melukis lagi).. mana bakat teman tuh?? dah lari ke sebab merajuk?? haih..sonna.. i always think i am aerith. which the one u love, but has gone just to remind u, how i sacrificed a lot 4 u to love easy and free.. cloud, bila nak wat comeback?

nak melukis lagi lah...layan...

Khamis, 31 Mac 2011

18) Teman Konpius Identiti Sendiri =P

17) Semua Bermula pada Tarikh 27/3/2011 (Ahad)

Betul la orang kata...rezeki ni ada di mana2 aja...kita je perlu berusaha mencari...bukan mgharap ihsan orang..

so, teman pon mule membuat kajian tentang cara2 membuat resume yang bagus, mantap dan jelas... setelah sekian lama, dah lama xwat kajian sungguh2...tapi bila dah nak sgt..teman pon merajinkan diri membuat persediaan untuk cipta resume terbaik teman..

kaji punya kaji,sambil mencari firm2 registered kat ISM ngn BQSM... teman rasa dah paham dan boleh memulakan kerja2 taip ni..so banyak gak stuck2, ubah2, edit kasik lawa sikit..akhirnya siap la jugak 2 muka surat resume tuh siap cover letter lagi aww.... pada mulanya, nak biarkan je dulu..nak masuk tdo dah..tiba2 rasa nak emel je mana yg boleh..so, berbelas2 jugak la teman emelkan..rasanya xsmpai 10 yang berjaya dihantar ke emel firm2 tuh....ok..dah puas emel...tdor2....berdoa dulu..ihih..moga diterima oleh mana2 syarikat... :)

kroh....kroh......

(keesokan harinya, bangun, mandi , solat, siap2, pergi kerja, sarapan, buat kerja.. (wajinnyew)...tiba2 hp berbunyik... uish! apsal nombor xdikenali ni.. ingatkan peminat misteri ke ape..so teman angkat ler..."elo?" Seorang wanita bertanya, elo, ni cik Mardhati Husna ke? saya dari xxxxxxxxx. (dalam hati 'WTH???!!" ) TEMAN pon jawab"ye saya". Wanita tu terus berkata "saya dh terima resume cik..bos cuma nak bertanya, jadual kelas dah ade ke? kalau ade leh la bagi kami tgok". Teman pon jawab "0-ok... nnt saya emelkan jadual, tq for calling"..bla3..ade lagi la..malas nak citer.

So, teman pon emelkan confirmation slip + jadual buatan sendiri...xdek respon lagi..teman pon xniat nak tpon, sbb bnyk kije nak kene wat ni...so...esok pulak lagi, dia kol, katanya, mereka approved application minx kerja..hihi...WOOHOOOO!!!!! alhamdulillah..murah rezeki teman...terima kasih Puan Suzana..bukan kak nana ye..nananana.... gelak2 kami berdua.. :P

INIlah,,,,cerita hidup teman bermula pada tarikh 23/3/2011... emel resume ari ahad tuh...org tuh mesti pk...`~~~budak ni mmg benefit masa betul.. :) (perasan fu~~fu~~)

oK2!! Jom tengok kedudukan saya di peta yg tertera di bawah :-

16) 31 Mac 2011 - Ko Hui Zee last day =(

Inilah hari terakhir Hui Zee ada kat perunding azizi...why?? why?? why??? tapi setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan jugak... dulu Amalina.. ni Hui Zee... xpe2...janji bahagia ye, hUI zEe.. go go caiyok!

ini gambar kami petang td..ngeeeeeeee....... =) sempat gak..



Ahad, 27 Mac 2011

15) AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat). Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Jumaat, 25 Mac 2011

14) Renung-renungkan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepadaanak muridnya.
Ia duduk menghadap anak muridnya.
Di tangan kirinya adakapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.
Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan...

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam.
Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.
Guru bersilih-gantimengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,
"Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!",
jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok,
dan sangat sukar untuk mengubahnya.
Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam.
Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil.
Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut,
tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka,
lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu,
seterusnya kita mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni
akidah/hukum Islamdari masa ke semasa.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah,
tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik.
Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.


"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an.
Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. ..
Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..
Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah.
Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.

Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu,
tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita.
Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain,
sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...
Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran).
Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur.
Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

KREDIT TO SYAZWANI ..my friend from Malacca.. :P

Khamis, 24 Mac 2011

13) Hari Penuh Dugaan ="(

hurm...semua bermula bila pagi tadi...

Masalah 1: bangun-bangun tido,terus sakit perut sakit sbb smlm makan sambal belacan dgn ikan pari..fuhh..sedap memang sedap.. addicted..walaupon pedas ya amat, sbb smbal tu pkai cili burung.tapi xlh stop makan. :P ini padahnya kalau degil, mengikut nafsu.. secara langsung..

Masalah 2: terlewat ke tempat kerja...adeh..naseb bek slalu dtg awai..xdak la org marah sgt.. (erm...apsal kereta semcam je harini? bunyik krek2 krek2) xpe la..bawak je la... vroom..vroom..vrooommm.... :P

Masalah 3: camane leh lupa laptop???adeh...bahan dalam tuh...lenkali kena backup la..camni a..payah betol, patah balik jugak , amik laptop sbb xdak orang kat umah leh tolong emelkan..hurm..mmg dugaan sgt2 la..abih minyak kreta..cedey...

Masalah 4: It's lunch time...nek la kreta bawak budak kecik 2 orang...vrooomm2 lagi..mmg cam tenat je bunyi krete..dah la otw nak g makan tuh, mati bnyak kali..ni xleh bawak dah ni.. then berenti depan kedai baiki kreta, tapi xminta baiki pon, just singgah makan kat kedai.. makan salad je arini..xde mood risaukan kereta tuh..naseb bek ade orang leh tolong sudi ambik kitorang balik opiz... tq kak faizah.. :)

Masalah 5: Ayah marah2,,padahal teman mana tau sgt pasal kereta..huuu..xnak pkai kereta!!!! ayah esok kene g kl, kreta ayop brek xmakan, then..option yg tinggal adalah basikal... hurm...
but
.
.
.
.
.
ni bukan masalah, huhu...mmg nak naik beskal pon..wooohoo!! :) ayah bawak gi baiki getah dalam, plus beli kunci skali..esok start la journey of kampung girl...tp beskal cam canggih la, kalau dapat beskal cam korea tuh baru nampak cam gadis desa.. leh pkai baju kurung.. xpe la..skrg dah moden. so, keep up with it je la.. yoooooohooooo!!! mmg sgt swonok...i'll be kurus la camni...rasa cam excited sgt2 ni..i lovin it!! payung jgn lupa, n laptop xyah bawak dah la..

xsabar...always wish me in good condition ek (Sapa nak terlibat ngn accident kan2)

anyway,
happy viewing
ni gambar2 masa teman duk tunggu ayah datang kutip lepas kerja

Selasa, 15 Mac 2011

11) Hari Ini Sungguh Sibuk!!!


ARGGGHHH!!!!! BUSY BUSY BUSY.... Start daripada 9.30 pg, lepas makan nasi goreng ngn telur goreng, mnum air kosong..bermulalah waktu busy teman arini..

-------QUOTATION ----------------WATER TANK-----------------
CONCRETE------------SAND----------------------CRUSHER RUN
--------------WATER PUMP---------------I-BEAM--------------------BLA---------------------------BLA--------------------------BLA-----


Turun naik tangga, jumpa Kak Siti, cari Hui Ji, cari Ms. Kuan, cari Cik Zizi, cari dan cari dan cari..ulang-alik orang yg sama.. hihi..tension tp i can still smile, coz i get to interact to many people in a day. dan seronok kolling2 orang, tanya tu, faks2 quotation application paper, good2!! gunakan nama kompeni sbaik mungkin...

Tapi, arini ade 1 citer sedih. Tadi mesej Madam Sharifah, pasal nak tamatkan latihan 22mac ni.. pasal dulu dah masuk kompeni 3 mggu awal. Madam kol n tanya, kamu x report kat opiz ke kamu masuk awal?(.teman terpinga2)....x......sedih2.. tp ape2 pon still madam kata kene kuar ikut standardized date, xnak kelam kelibut nnt...uuuuu......madam gelak2 je kat teman.. katanya..ala...3mggu je lagi... apa???? argghh.... bukan benci kat kompeni, tp saje nak vacation lebih... hihi...kata praktikal minimum 4 bulan.. masuk 22mac ni dah cukup la....tp tetap x boleh (sbb bro sam kata xleh).. huh!

Okez...makin tensen dah bila dpt reply camni. Erm... i need vacation!!! MAK UDA!!! CEPAT LA DTG, NAK G PGKOR!!!!

Isnin, 14 Mac 2011

10) Makeover Incoming.. (^__^)v (PART 2)


Ye...
kita sambung part 2 yer....
ni la accessories atas meja....
cam simple dan kejam!! kan3???
xpe2...ingat nak kenalkan warga opiz la pulak..
nnt2 la..siapkan keja la dulu..esok bos nak tgok..haih..
bila nak jd best trainee of the year nih??!
.........................................
.................................
...........................
.....................
..............
............
...........
.......
.....
....
...
.


===============================

9) Make-over Incoming (^___^)v (PART 1)

Ini tempat duduk teman kat opiz. Messy kan? mmg pon sebab xsempat nak kemas.. tp make-over akan dibuat nnt. Perhatikan fail2 atas meja tuh.. Itu bukan fail2 teman, itu fail orang menumpang atas mja saya.. xpe2..nnt teman susun semula.






Ni pulak almari kecik bawah meja.. Tu bq, nampak x? blkg ade drawing lagi.. Ni sume nak kena susun balik..serabut serabut SERABUT!!!! hihi.. xpe, xlama lagi nak kuar dah..nnt brg2 kena angkut gak. ngeeee :D







Ni laci paling atas, teman isi dgn stationary. ade gambor site, ade kertas warna xpakai lg. ade buku catatan kecik tuk catat meeting ke ape ke..haha..ciut x?



Ni laci tengah, simpan paper2 terpakai. Nantilah teman pk nak wat pe ngn paper2 ni.. next!!!!



Ni laci paling last... Teman letak handbag... kih3..ade gak suar joging terselit kat situ. malunyer teman.. ^^


Ade plastik ape tuh?? xsempat jugak nak explore. Haha.. nextime2..

OK..... ni baru PART 1.... lets go to PART 2... jom!