Assalammualaikum wbt.
Sebenarnya blog ini sudah lama dibuka tetapi oleh kerana kekurangan idea tentang cara mengelolanya, maka terkandas dan terdampar sebentarlah ia. Apabila daku membukanya semula, meniup habuk2 di sekelilingnya (ingat peti terbiarkah), menggilap badannya, maka terhibur la hati daku. Manakan tidak, manusia mana yang tidak gemar pada keindahan dan benda2 baru. Hasil dari inovasiku,blog ini telah dihias dan dimampatkan dengan pelbagai "gadget" yang mnarik dan menolak. Terpulang pada para pembaca sama ada mahu tertarik atau tertolak. Seperti pintu bank, kalau hendak masuk sila tolak, kalau mahu kluar sila tarik, vice versa; tidak salah minum teh tarik kalau2 ada warung tolak di sebelah bank tersebut. (^,^)v
Jadi, pada permulaan ini, daku memang berharap ramailah sudi menjadi pengikut laman blog hasil kraf tanganku ini. Walaubagaimanapun,tidakku paksa kerana Islam tidak pernah memaksa umatnya. Cewah! Blog ini sekadar suka2 namun daku berharap ada juga "pekdahnya" kepada para pembaca. Daku di sini agak sukar mengarang cerita yang berlandaskan Sistem Ejaan Bahasa Melayu Baharu, morfologi dan sintaksis yang mengikut "standard" kebangsaan. Susah,susah.... Namun, akan daku gagahi jua. InsyaALLAH. Jadi, langkah pertama sekali ialah mencari buku2 ilmiah, artikel2, atau jurnal yang bertauliah dan seterusnya haruslah daku membacanya bukan setakat mencari dan jadikan pekasam.
Baiklah. cukuplah setakat ini. Kepada para pembaca, silalah beri tunjuk ajar kerna daku budak baru belajar. Janganlah pula ambil galah dan jolok perut daku. Daku ini memanglah sangat terkenal dengan gelaran "stomachache"; perutku tersedia perit, janganlah diperitkan lagi. Kredit pada Bro. SJ. salam rindu.
Selamat malam & wassalam.
;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan