Assalammualaikum wbt untuk kali kedua...
Daku terasa seperti ingin meluahkan cerita tentang seorang teman yg hanya sementara sahaja perhubungan kami ini. Namanya usahlah daku dedah kerana niat di sini hanyalah sebagai pengajaran semata-mata. Yang penting ialah manusia tidak sempurna.
Kami berdua sudah lama kenal sejak dari tahun 2006. Kami menuntut di universiti yg berbeza, jadi daku rasa agak bersyukur kerana tidak perlu bertemu muka dengan si dia. Tambahan pula, si dia berumur setahun lebih muda daripada daku. Kiranya, daku bagaikan kakak si dia namun sikap hormat si dia seperti tiada bayangannya. Cukuplah bibliografi si dia dan daku.
Isu utama di sini ialah sikapnya yang agak bongkak dan kurang toleransi. Si dia agak kebongkakan kerana status otaknya dianggap 'power' hasil daripada bacaan buku-buku bertauliah. Maka, jika apabila daku memberi pendapat-pendapatku tentang perkara yg si dia bangkang, si dia gelak dan membuat kenyataan bahawa pendapat2ku sungguh menggelikan dan menyakitkan hati si dia. Ya, mungkin betul pendapat daku mungkin agak kebodoh-bodohan tetapi ia adalah ikhlas dari dalam hati daku. Apalah salahnya jika si dia pasang telinga baik2, dengar betul2, dan fikirkan semula tentang perkara yg dibangkang tersebut.
Di dunia ini, setiap perkara ada kelebihan dan kelemahan. Janganlah menghukum sesuatu hanya kerana kita tidak dapat banyak manfaat daripada perkara yg berlaku itu. Jangankan bongkak malahan mempersendakan daku yang tidak sempurna ini. Kononnya, pendapat si dia shj yg betul. Tmbhn lagi, si dia terlalu mengagungkan tokoh2 yg kononnya 'superb' di mata dunia tetapi tidak sedar tokoh2 tersebut hanya gila kuasa. Mereka berjaya menawan dunia namun adakah mereka berjaya menawan hati rakyat mereka? Mereka telah memupuk perasaan takut dalam diri rakyat mereka, bukannya perasaan hormat. Adakah takut pada manusia itu lebih mulia daripada hormat? Memang benar tokoh2 itu berjaya menawan segenap kawasan yg amat luas tetapi mereka sangat cintakan peperangan, dahagakan kuasa yg tinggi bagaikan langit, laparkan kematian musuh2nya dan gilakan harta benda untuk memuaskan nafsu dunia. Apalah yang ada pada tokoh2 itu. Daku risau kalau2 si dia memilih cara hidup yg serupa seperti tokoh2 itu; "make prior over self-interest".
Jadi teman2ku, marilah kita memerhati sejenak. Adakah kita sama seperti si dia? Jika ya, ubahlah sikap kalian kerana kalian mesti faham bagaimana rasanya berkomunikasi dengan makhluk yang bongkak, bangga diri, kurang toleransi, dan minda yg kurang terbuka.Minda si dia luas tetapi disempitkan bila bertembung dengan minda yg tulus mulus seperti daku (perasan).
Renung2kan dan selamat beramah.
Kata Prof. Izzi.
Wassalam.
;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan