Assalammualaikum wbt.
Wah wah wah
Cerita paling best setakat daku hidup di dunia ini, Maslina telah membina masjid bersama suaminya dan telah selamat daripada maksiat2 remaja masa kini. Astaghfirullah.. itu yang daku boleh taip di sini (Teruknya daku). Alhamdulillah Mas telah diijab kabul bersama jejaka pilihannya dan daku tertanya2, daku bila pula? InsyaALLAH kelak dapat merasa.
Tambhn, perkara yang "best" lgi; kami berkonvoi 5 kereta yang dipandu oleh 5 teman daku yang kompeten (agaknya). best, beST, BEST! Harap2 majlis daku nnt dikunjungi oleh 5 buah bas manusia. (hehe) InsyaALLAH, berdoa shjalah. Namun, pada hari tersebut, terdapat seorang "brother" yang mencari masalah dengan puak kami. Sepertimana Diniey teriak, "Knapa drive dekat sgt ni, nak cium bontot kitorang ke???". (Haha) Bersabarlah puak daku, peristiwa itu adalah suatu kenangan lucu.
Kepada Maslina,
maafkan kami kerana terlalu bersuka2 di majlis anda. Kami suka memijak2 kain anda ketika bergambar bagai nak runtuh pelamin anda. Maafkan kami jika telah menyakiti hati anda atau tidak memahami situasi anda ketika itu. Mas baik... Semoga jodoh kekal sampai ke syurga, binalah masjid yang serba mulia dan indah, bersabar di dalam dugaan berumah tgga, sayangilah dan taatilah suami selagi dia taat pada ALLAH SWT. Jangan lupa mak ayah kandung dan mak ayah mertua anda. Kalau ikutkan hati, daku nak bagi ucapan yg pnjg lagi. Mas, "last but not least", selamat berjaya di dunia dan di akhirat.
Wassalam.
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan