Sabtu, 5 Disember 2009

7) 05/12/2009 (Sabtu) - Cuti Akhir

Assalammualaikum wbt

Ya, pada saat ini, daku mengenang perkara yang dapat daku laksanakan pada cuti terakhir ini. Persoalannya: mampukah daku berjaya pada hari ini? (What will happen when things are not according to the plans?)

Fufu~~ (mengeluh sebentar selama 2saat)

Rakan2ku, marilah kita manfaatkan hari ini bersama keluarga tersayang, terutamanya yang menetap jauh dari kita pabila telah menjejak kaki ke UIAM Gombak. Bermaaf-maafanlah sesama kita, manalah tahu, tidak sempat kan. Hurm... mengantuk pula mata daku ini. Idea sudah semakin kering kontang pada malam yang sepatutnya daku tidur sambil mengigau.

p/s - kepada teman2 sebilik denganku, ampunkan daku kerana senantiasa berteriak beberapa malam. maaf membuatkan suasana bilik kita "horror dan "sorrow". hehe. "Love ya all".

Wassalam.
:P

Jumaat, 4 Disember 2009

6) Seronoknya!!!

Assalammualaikum wbt.

Sebenarnya blog ini sudah lama dibuka tetapi oleh kerana kekurangan idea tentang cara mengelolanya, maka terkandas dan terdampar sebentarlah ia. Apabila daku membukanya semula, meniup habuk2 di sekelilingnya (ingat peti terbiarkah), menggilap badannya, maka terhibur la hati daku. Manakan tidak, manusia mana yang tidak gemar pada keindahan dan benda2 baru. Hasil dari inovasiku,blog ini telah dihias dan dimampatkan dengan pelbagai "gadget" yang mnarik dan menolak. Terpulang pada para pembaca sama ada mahu tertarik atau tertolak. Seperti pintu bank, kalau hendak masuk sila tolak, kalau mahu kluar sila tarik, vice versa; tidak salah minum teh tarik kalau2 ada warung tolak di sebelah bank tersebut. (^,^)v

Jadi, pada permulaan ini, daku memang berharap ramailah sudi menjadi pengikut laman blog hasil kraf tanganku ini. Walaubagaimanapun,tidakku paksa kerana Islam tidak pernah memaksa umatnya. Cewah! Blog ini sekadar suka2 namun daku berharap ada juga "pekdahnya" kepada para pembaca. Daku di sini agak sukar mengarang cerita yang berlandaskan Sistem Ejaan Bahasa Melayu Baharu, morfologi dan sintaksis yang mengikut "standard" kebangsaan. Susah,susah.... Namun, akan daku gagahi jua. InsyaALLAH. Jadi, langkah pertama sekali ialah mencari buku2 ilmiah, artikel2, atau jurnal yang bertauliah dan seterusnya haruslah daku membacanya bukan setakat mencari dan jadikan pekasam.

Baiklah. cukuplah setakat ini. Kepada para pembaca, silalah beri tunjuk ajar kerna daku budak baru belajar. Janganlah pula ambil galah dan jolok perut daku. Daku ini memanglah sangat terkenal dengan gelaran "stomachache"; perutku tersedia perit, janganlah diperitkan lagi. Kredit pada Bro. SJ. salam rindu.

Selamat malam & wassalam.
;)

Khamis, 3 Disember 2009

5) Maslina Sudah Kahwin (21hb November 2009)

Assalammualaikum wbt.

Wah wah wah
Cerita paling best setakat daku hidup di dunia ini, Maslina telah membina masjid bersama suaminya dan telah selamat daripada maksiat2 remaja masa kini. Astaghfirullah.. itu yang daku boleh taip di sini (Teruknya daku). Alhamdulillah Mas telah diijab kabul bersama jejaka pilihannya dan daku tertanya2, daku bila pula? InsyaALLAH kelak dapat merasa.

Tambhn, perkara yang "best" lgi; kami berkonvoi 5 kereta yang dipandu oleh 5 teman daku yang kompeten (agaknya). best, beST, BEST! Harap2 majlis daku nnt dikunjungi oleh 5 buah bas manusia. (hehe) InsyaALLAH, berdoa shjalah. Namun, pada hari tersebut, terdapat seorang "brother" yang mencari masalah dengan puak kami. Sepertimana Diniey teriak, "Knapa drive dekat sgt ni, nak cium bontot kitorang ke???". (Haha) Bersabarlah puak daku, peristiwa itu adalah suatu kenangan lucu.

Kepada Maslina,
maafkan kami kerana terlalu bersuka2 di majlis anda. Kami suka memijak2 kain anda ketika bergambar bagai nak runtuh pelamin anda. Maafkan kami jika telah menyakiti hati anda atau tidak memahami situasi anda ketika itu. Mas baik... Semoga jodoh kekal sampai ke syurga, binalah masjid yang serba mulia dan indah, bersabar di dalam dugaan berumah tgga, sayangilah dan taatilah suami selagi dia taat pada ALLAH SWT. Jangan lupa mak ayah kandung dan mak ayah mertua anda. Kalau ikutkan hati, daku nak bagi ucapan yg pnjg lagi. Mas, "last but not least", selamat berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam.
:)

4) Slip keputusan telah pun DIBACA oleh daku

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah diucapkan kepada Allah yang Maha Esa, Maha Tinggi dan Maha Mengetahui segala yg nyata dan tersmbunyi kerana pabila bangunnya jasadku dari teratak beradu hingga labuhnya jasadku di atas kerusi alas biru mengadap komputer, daku "procured" keputusan peperiksaan akhir daku dalam laman web UIA menerusi "student resources"; dan segalanya berjalan lancar sehinggalah daku terbeliak memandang skrin kecil ini. "YA ALLAH!", daku berteriak di dalam hati. Begitu gembira dengan kemenangan yg diberi kepada daku ini walaupun peningkatannya hanyalah +- 11% .

( T_T) sigh~~~
tangisan bahagia

Nampaknya ada pluang lagi "pointer" boleh mningkat. Sasaran semester depan " 4 FLAT ". Kepada teman2ku dari UIAM Gombak dan Kuantan, tahniah atas keputusan peperiksaan korang yang mantap. Terutamanya Nadeera dan Neena yg berjaya masuk dalam senarai DEKAN. Sesiapa yang peroleh pointer bawah 3 dan yang terpaksa ulang kertas subjek, jangan bersedih sesungguhnya kalian masih kekal dalam UIAM (Itu yg penting,humm!). Semoga berjaya untuk masa depan kita dan kita berjumpa lagi semester depan. Layan...

Wassalam

3) 1:20 pagi

Assalammualaikum wbt

Pada malam ini, daku merasa sedikit kecewa terhadap kegagalan mendapatkan keputusan peperiksaan daku. Daku telah berulang kali berusaha mendapatkannya tetapi tidak berjaya langsung. (sob~sob~) Jadi, apa2 pun daku berdoa semoga hari esok adalah hari yg lebih berjaya daripada hari ini. Daku menganggap bahawasanya orang2 yg gagal merndapatkan kptusan mereka adalah orang2 yang sgt berjaya sebenarnya. InsyaAllah... (Cewah,perasannya!) Semoga tiada sabut2 kelapa di dalam kepala daku ini.

Selamat malam semua. Selamat berjaya.
(Terutamanya kepada cik Nadeera, cik Nadirah dan Encik Izhar, harharhar)

Wassalam.
;)

Rabu, 2 Disember 2009

2) Kisah Tauladan tentang Salah Seorang Teman

Assalammualaikum wbt untuk kali kedua...

Daku terasa seperti ingin meluahkan cerita tentang seorang teman yg hanya sementara sahaja perhubungan kami ini. Namanya usahlah daku dedah kerana niat di sini hanyalah sebagai pengajaran semata-mata. Yang penting ialah manusia tidak sempurna.

Kami berdua sudah lama kenal sejak dari tahun 2006. Kami menuntut di universiti yg berbeza, jadi daku rasa agak bersyukur kerana tidak perlu bertemu muka dengan si dia. Tambahan pula, si dia berumur setahun lebih muda daripada daku. Kiranya, daku bagaikan kakak si dia namun sikap hormat si dia seperti tiada bayangannya. Cukuplah bibliografi si dia dan daku.

Isu utama di sini ialah sikapnya yang agak bongkak dan kurang toleransi. Si dia agak kebongkakan kerana status otaknya dianggap 'power' hasil daripada bacaan buku-buku bertauliah. Maka, jika apabila daku memberi pendapat-pendapatku tentang perkara yg si dia bangkang, si dia gelak dan membuat kenyataan bahawa pendapat2ku sungguh menggelikan dan menyakitkan hati si dia. Ya, mungkin betul pendapat daku mungkin agak kebodoh-bodohan tetapi ia adalah ikhlas dari dalam hati daku. Apalah salahnya jika si dia pasang telinga baik2, dengar betul2, dan fikirkan semula tentang perkara yg dibangkang tersebut.

Di dunia ini, setiap perkara ada kelebihan dan kelemahan. Janganlah menghukum sesuatu hanya kerana kita tidak dapat banyak manfaat daripada perkara yg berlaku itu. Jangankan bongkak malahan mempersendakan daku yang tidak sempurna ini. Kononnya, pendapat si dia shj yg betul. Tmbhn lagi, si dia terlalu mengagungkan tokoh2 yg kononnya 'superb' di mata dunia tetapi tidak sedar tokoh2 tersebut hanya gila kuasa. Mereka berjaya menawan dunia namun adakah mereka berjaya menawan hati rakyat mereka? Mereka telah memupuk perasaan takut dalam diri rakyat mereka, bukannya perasaan hormat. Adakah takut pada manusia itu lebih mulia daripada hormat? Memang benar tokoh2 itu berjaya menawan segenap kawasan yg amat luas tetapi mereka sangat cintakan peperangan, dahagakan kuasa yg tinggi bagaikan langit, laparkan kematian musuh2nya dan gilakan harta benda untuk memuaskan nafsu dunia. Apalah yang ada pada tokoh2 itu. Daku risau kalau2 si dia memilih cara hidup yg serupa seperti tokoh2 itu; "make prior over self-interest".

Jadi teman2ku, marilah kita memerhati sejenak. Adakah kita sama seperti si dia? Jika ya, ubahlah sikap kalian kerana kalian mesti faham bagaimana rasanya berkomunikasi dengan makhluk yang bongkak, bangga diri, kurang toleransi, dan minda yg kurang terbuka.Minda si dia luas tetapi disempitkan bila bertembung dengan minda yg tulus mulus seperti daku (perasan).

Renung2kan dan selamat beramah.
Kata Prof. Izzi.

Wassalam.
;)

1) Suatu petang yg memeningkan

Assalammualaikum wbt

Di saat ini, daku sedang tertekan dengan situasi sukar yg melanda pelajar-pelajar UIAM Gombak. Situasi di mana kami masih tidak dapat memeriksa keputusan peperiksaan akhir walau berkali-kali berikhtiar menekan tetikus ini 'surfing' laman web UIA yang teramat lembab. Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kami kesabaran dan kekuatan iman untuk tidak mengamuk. (Padahal daku seorang shj mahu mgamuk) Marilah daku senaraikan manusia2 yang mghantar mesej2 mereka melalui YM yg sibuk bertanya tentang situasi tersebut.
1. Norfanita Mohd Saad
2. Nadirah Ruslan
3. Nadeera Abdul Razak
4. Jamaliah Md Isa
5. Khairul Ibrahim
6. Ihsan Azizi
7. Farhana Mohd. Zaini
Sabarlah rakan-rakan seperjuanganku. Kelak kita akan mengetahui kputusan kita. Entah mantap atau tidak, kita sempat berdoa lagi. Daku berharap keputusan peperiksaan daku lebih baik dari semalam. HAHAHA

Setakat di sini sahaja. Salam nukilan dari daku insan biasa.

Wassalam.
;)