Khamis, 31 Mac 2011

18) Teman Konpius Identiti Sendiri =P

17) Semua Bermula pada Tarikh 27/3/2011 (Ahad)

Betul la orang kata...rezeki ni ada di mana2 aja...kita je perlu berusaha mencari...bukan mgharap ihsan orang..

so, teman pon mule membuat kajian tentang cara2 membuat resume yang bagus, mantap dan jelas... setelah sekian lama, dah lama xwat kajian sungguh2...tapi bila dah nak sgt..teman pon merajinkan diri membuat persediaan untuk cipta resume terbaik teman..

kaji punya kaji,sambil mencari firm2 registered kat ISM ngn BQSM... teman rasa dah paham dan boleh memulakan kerja2 taip ni..so banyak gak stuck2, ubah2, edit kasik lawa sikit..akhirnya siap la jugak 2 muka surat resume tuh siap cover letter lagi aww.... pada mulanya, nak biarkan je dulu..nak masuk tdo dah..tiba2 rasa nak emel je mana yg boleh..so, berbelas2 jugak la teman emelkan..rasanya xsmpai 10 yang berjaya dihantar ke emel firm2 tuh....ok..dah puas emel...tdor2....berdoa dulu..ihih..moga diterima oleh mana2 syarikat... :)

kroh....kroh......

(keesokan harinya, bangun, mandi , solat, siap2, pergi kerja, sarapan, buat kerja.. (wajinnyew)...tiba2 hp berbunyik... uish! apsal nombor xdikenali ni.. ingatkan peminat misteri ke ape..so teman angkat ler..."elo?" Seorang wanita bertanya, elo, ni cik Mardhati Husna ke? saya dari xxxxxxxxx. (dalam hati 'WTH???!!" ) TEMAN pon jawab"ye saya". Wanita tu terus berkata "saya dh terima resume cik..bos cuma nak bertanya, jadual kelas dah ade ke? kalau ade leh la bagi kami tgok". Teman pon jawab "0-ok... nnt saya emelkan jadual, tq for calling"..bla3..ade lagi la..malas nak citer.

So, teman pon emelkan confirmation slip + jadual buatan sendiri...xdek respon lagi..teman pon xniat nak tpon, sbb bnyk kije nak kene wat ni...so...esok pulak lagi, dia kol, katanya, mereka approved application minx kerja..hihi...WOOHOOOO!!!!! alhamdulillah..murah rezeki teman...terima kasih Puan Suzana..bukan kak nana ye..nananana.... gelak2 kami berdua.. :P

INIlah,,,,cerita hidup teman bermula pada tarikh 23/3/2011... emel resume ari ahad tuh...org tuh mesti pk...`~~~budak ni mmg benefit masa betul.. :) (perasan fu~~fu~~)

oK2!! Jom tengok kedudukan saya di peta yg tertera di bawah :-

16) 31 Mac 2011 - Ko Hui Zee last day =(

Inilah hari terakhir Hui Zee ada kat perunding azizi...why?? why?? why??? tapi setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan jugak... dulu Amalina.. ni Hui Zee... xpe2...janji bahagia ye, hUI zEe.. go go caiyok!

ini gambar kami petang td..ngeeeeeeee....... =) sempat gak..



Ahad, 27 Mac 2011

15) AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat). Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Jumaat, 25 Mac 2011

14) Renung-renungkan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepadaanak muridnya.
Ia duduk menghadap anak muridnya.
Di tangan kirinya adakapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.
Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan...

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam.
Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.
Guru bersilih-gantimengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,
"Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!",
jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok,
dan sangat sukar untuk mengubahnya.
Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam.
Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil.
Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut,
tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka,
lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu,
seterusnya kita mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni
akidah/hukum Islamdari masa ke semasa.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah,
tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik.
Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.


"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an.
Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. ..
Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..
Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah.
Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.

Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu,
tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita.
Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain,
sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...
Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran).
Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur.
Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

KREDIT TO SYAZWANI ..my friend from Malacca.. :P

Khamis, 24 Mac 2011

13) Hari Penuh Dugaan ="(

hurm...semua bermula bila pagi tadi...

Masalah 1: bangun-bangun tido,terus sakit perut sakit sbb smlm makan sambal belacan dgn ikan pari..fuhh..sedap memang sedap.. addicted..walaupon pedas ya amat, sbb smbal tu pkai cili burung.tapi xlh stop makan. :P ini padahnya kalau degil, mengikut nafsu.. secara langsung..

Masalah 2: terlewat ke tempat kerja...adeh..naseb bek slalu dtg awai..xdak la org marah sgt.. (erm...apsal kereta semcam je harini? bunyik krek2 krek2) xpe la..bawak je la... vroom..vroom..vrooommm.... :P

Masalah 3: camane leh lupa laptop???adeh...bahan dalam tuh...lenkali kena backup la..camni a..payah betol, patah balik jugak , amik laptop sbb xdak orang kat umah leh tolong emelkan..hurm..mmg dugaan sgt2 la..abih minyak kreta..cedey...

Masalah 4: It's lunch time...nek la kreta bawak budak kecik 2 orang...vrooomm2 lagi..mmg cam tenat je bunyi krete..dah la otw nak g makan tuh, mati bnyak kali..ni xleh bawak dah ni.. then berenti depan kedai baiki kreta, tapi xminta baiki pon, just singgah makan kat kedai.. makan salad je arini..xde mood risaukan kereta tuh..naseb bek ade orang leh tolong sudi ambik kitorang balik opiz... tq kak faizah.. :)

Masalah 5: Ayah marah2,,padahal teman mana tau sgt pasal kereta..huuu..xnak pkai kereta!!!! ayah esok kene g kl, kreta ayop brek xmakan, then..option yg tinggal adalah basikal... hurm...
but
.
.
.
.
.
ni bukan masalah, huhu...mmg nak naik beskal pon..wooohoo!! :) ayah bawak gi baiki getah dalam, plus beli kunci skali..esok start la journey of kampung girl...tp beskal cam canggih la, kalau dapat beskal cam korea tuh baru nampak cam gadis desa.. leh pkai baju kurung.. xpe la..skrg dah moden. so, keep up with it je la.. yoooooohooooo!!! mmg sgt swonok...i'll be kurus la camni...rasa cam excited sgt2 ni..i lovin it!! payung jgn lupa, n laptop xyah bawak dah la..

xsabar...always wish me in good condition ek (Sapa nak terlibat ngn accident kan2)

anyway,
happy viewing
ni gambar2 masa teman duk tunggu ayah datang kutip lepas kerja

Selasa, 15 Mac 2011

11) Hari Ini Sungguh Sibuk!!!


ARGGGHHH!!!!! BUSY BUSY BUSY.... Start daripada 9.30 pg, lepas makan nasi goreng ngn telur goreng, mnum air kosong..bermulalah waktu busy teman arini..

-------QUOTATION ----------------WATER TANK-----------------
CONCRETE------------SAND----------------------CRUSHER RUN
--------------WATER PUMP---------------I-BEAM--------------------BLA---------------------------BLA--------------------------BLA-----


Turun naik tangga, jumpa Kak Siti, cari Hui Ji, cari Ms. Kuan, cari Cik Zizi, cari dan cari dan cari..ulang-alik orang yg sama.. hihi..tension tp i can still smile, coz i get to interact to many people in a day. dan seronok kolling2 orang, tanya tu, faks2 quotation application paper, good2!! gunakan nama kompeni sbaik mungkin...

Tapi, arini ade 1 citer sedih. Tadi mesej Madam Sharifah, pasal nak tamatkan latihan 22mac ni.. pasal dulu dah masuk kompeni 3 mggu awal. Madam kol n tanya, kamu x report kat opiz ke kamu masuk awal?(.teman terpinga2)....x......sedih2.. tp ape2 pon still madam kata kene kuar ikut standardized date, xnak kelam kelibut nnt...uuuuu......madam gelak2 je kat teman.. katanya..ala...3mggu je lagi... apa???? argghh.... bukan benci kat kompeni, tp saje nak vacation lebih... hihi...kata praktikal minimum 4 bulan.. masuk 22mac ni dah cukup la....tp tetap x boleh (sbb bro sam kata xleh).. huh!

Okez...makin tensen dah bila dpt reply camni. Erm... i need vacation!!! MAK UDA!!! CEPAT LA DTG, NAK G PGKOR!!!!

Isnin, 14 Mac 2011

10) Makeover Incoming.. (^__^)v (PART 2)


Ye...
kita sambung part 2 yer....
ni la accessories atas meja....
cam simple dan kejam!! kan3???
xpe2...ingat nak kenalkan warga opiz la pulak..
nnt2 la..siapkan keja la dulu..esok bos nak tgok..haih..
bila nak jd best trainee of the year nih??!
.........................................
.................................
...........................
.....................
..............
............
...........
.......
.....
....
...
.


===============================

9) Make-over Incoming (^___^)v (PART 1)

Ini tempat duduk teman kat opiz. Messy kan? mmg pon sebab xsempat nak kemas.. tp make-over akan dibuat nnt. Perhatikan fail2 atas meja tuh.. Itu bukan fail2 teman, itu fail orang menumpang atas mja saya.. xpe2..nnt teman susun semula.






Ni pulak almari kecik bawah meja.. Tu bq, nampak x? blkg ade drawing lagi.. Ni sume nak kena susun balik..serabut serabut SERABUT!!!! hihi.. xpe, xlama lagi nak kuar dah..nnt brg2 kena angkut gak. ngeeee :D







Ni laci paling atas, teman isi dgn stationary. ade gambor site, ade kertas warna xpakai lg. ade buku catatan kecik tuk catat meeting ke ape ke..haha..ciut x?



Ni laci tengah, simpan paper2 terpakai. Nantilah teman pk nak wat pe ngn paper2 ni.. next!!!!



Ni laci paling last... Teman letak handbag... kih3..ade gak suar joging terselit kat situ. malunyer teman.. ^^


Ade plastik ape tuh?? xsempat jugak nak explore. Haha.. nextime2..

OK..... ni baru PART 1.... lets go to PART 2... jom!


8) Quotation Hot Tapping..Awok pon rasa hot gak




Mencari dan mencari dan mencari seluruh peeghok... Awok penat wo.. :P Sambil2 chat ngn dua orang manusia ni..haha


7) IF I WERE A BOY


If I were a boy even just for a day
I'd roll out of bed in the morning
And throw on what I wanted
And go drink beer with the guys
And chase after girls
I'd kick it with who I wanted
And I'd never get confronted for it
'Cause they stick up for me

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man
I'd listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed

If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it's broken
So they'd think that I was sleeping alone
I'd put myself first
And make the rules as I go
'Cause I know that she'd be faithful
Waiting for me to come home, to come home

It's a little too late for you to come back
Say it's just a mistake
Think I'd forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong

But you're just a boy
You don't understand
And you don't understand, oh
How it feels to love a girl
Someday you wish you were a better man

You don't listen to her
You don't care how it hurts
Until you lose the one you wanted
'Cause you're taking her for granted
And everything you had got destroyed
But you're just a boy

6) Selamat Malam Dunia




Sebelum tidur....perlukan kedamaian
====================================
Selamat malam...
tepuk bantal sambil berpesan pada 2 malaikat pelindung kita..
Esok mangun buat qiyam yer..
krohhhhh

Ahad, 13 Mac 2011

5) SITI AMALINA Dah Resign (8 Mac 2011)



Ni la member qs teman kat Perunding Azizi... Seorang yang lemah lembut, mek cantik la katakan. Jangok pon jangok.. Tapi , ituleh..bila bertemu kena berpisah. Deme dah dapt offer kerja kat KL , xkan teman nak halang. Bior jele deme survive sana, cari rezeki lebih sikit. Takpe, satgi teman pi KL tuh, jumpe juge.

Spe2 berminat dengan dia, silalah kabor. Tapi, hanya untuk oghe2 klate ajo.. Coz, dia nok hak dekat jo..

p/s --> Janji leh masuk nge dio.




Ini gambor deme konvo..tahniah2!!! pasni jom sambung USM SKUDAI JOHOR plak na...sambung sama2 teman ler...i will follow u... u jump i see ONLY (wink2)

~tamat~

4) Joging La Sangat :P



Ni masa lepas joging kat padang lapangan terbang Astaka. Teman, Ina gan Cikin je joging, budak ekcik baju pink tu lepak je keje. Mcamne nak kempis perut? duh~~ Dulu rajin la joging2, skrg ni jarang..tp nak jugak g joging mggu depan. Teman nak cuci2 mata.. hihi.. Yosh, esok mula balik.

Jangan duk makan yong tau fu lepas tuh udahla. sia2 je joging. kih3. eish! ina kata jgn cakap camtuh. pk + je k..hahah... Cikin, jangan ajak mkn yong tau fu lg dah.. kalu nak jugak, amik smpai rm4 je..ni asyik2 rm8. Kering poket eden nnt.

ok.daaa

~tamat~

3) Kak Az Beranak 11.3.2011

>


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana menurunkan seorang lagi khalifah di muka bumi ini..tanda Allah tidak pernah putus asa terhadap manusia. Bayi ini dilahirkan di Kinik Yasmin, Seri Manjung Perak pada 11 Mac 2011 (kebetulan, tarikh ini juga gempa bumi dan tsunami berlaku di bndar Jepun) . Nampak x disamping Allah menurunkan rezeki, Allah juga menurunkan bencana alam kepada manusia. Manusia yang mati akan digantikan dengan kelahiran bayi untuk mengimbangkan dunia ni..

p/s --> skema pulop saya

*Saya suka sgt baby, jadi wajib la saya pergi melawat... :P Saya masih mnunggu giliran saya pulak untuk beranak. xsabarnyew.... heee .. (berangan2 macam mat jenin)

OK... jom pilih nama untuk baby ni..saya dah pilih 'Muhammad Amril Hakim".. hui, syok time pilih2 nama ni, mcm2 ada.. macam la anak kluar berpuluh2 ye..so pick the most wanted... :)

2) IZAH BERTUNANG (26.2.2011)



Teman koghoje gak ari sabtu, tapi tetap berkunjung ke majlis istimewe cik IZZATUN, iaitu majlis tunang deme. Amboih, meghoh baju!! Mmmg tema kami merah pink2 gitu. Teman ni jelez bebenor tgok si Izzatun ni bertunang. mana ke doknye, ate teman nok sambut dulu majlis tunang teman tapi deme yg dapat dulu. Memang frust menonggeng ler.. :P

Ape-ape pon, teman wish smoga jodoh smpai ke syurga yew cik Izzatun kite ni. Katanye, nak kawen 11.11.2011..amboi tarikh ni nmpaknye teman xdapat nak cop pasai deme dah cop dulu. amek le ,teman redho je..

Meh le kita pegi bramai2 ke majlis kahwen Cik Izzatun kite yew, ha jgn lupew...

~tamat~

1) Kami Berdua Suka Bergambar



Si kecik tuh nama dia Dilah.. dan yang specialnya tentang dia ialah

~~~~~> 24 November

??? Apa ini? Tarikh keramat ker? yes!! bagi kami berdua mmg ia tarikh keramat!! KERANA TARIKH INI ADALAH TARIKH HARI LAHIR KAMI ~~~

Perangai kami lebih kurang je, s0-s0, periang, comel, suka senyum, dan kebudak2an.

Lokasi kami dalam gambar ni kat dalam opiz, masa ni si Dilah ni yg xdak kerja, saya ade la kerja cikit, huk2.. (knape trbatuk plak?) Huhu, ape2 pon saya happy kenal dgn di kecik ni. Jgn main2, ini kecik2 cili burung... burung ape? burung murai...burung ape? jawablah sendiri.. :P

tata

~tamat~