Ahad, 5 September 2010

1) Mata Hati Saya Semakin Pulih

Assalammualaikum wbt :)
Daku dahului dgn salam dan senyuman.

Pengenalan
Terasa tenang kebelakangan ni, mungkin kerana daku dah letih meracau dan meronta-ronta kesakitan sebab banyak berfikir ttg dosa2 lepas. Daku rasa aman dan nyaman (buat masa ni je) sebab assignment2 agak lancar, solat pon alhamdulillah on time, xrunsing dah pk hal ex-bf, dan hubungan dgn mak ayah baik. 7hb Sept, 1:30ptg daku naik bas pulang ke rumah (xsabar gila). Banyak planning mgemas ni, hrp2 menjadi ler gamaknye.

Isi 1
Daku nak kongsi cerita, ttg bicara hati ini, yg kecil rapuh, kalau jatuh mmg berkecai smpai ke 7 benua. Daku bukan la org terer agama ke hape, cuma baru2 ni selalu tarbiyyah diri + mimpi2 yg seolah2 memberi petunjuk. Wallahualam. Tuhan nak bg petunjuk mcm2 cara. Jgn smpai pcya benda2 tahyul sudeh. Sekarang, daku rajin g usrah ngn Kak Jannah (geng-Jame, Nad Ixora, Hamimatul, Fatimatul, hak2), baca blog keretamayat, baca notes2 mmber kat FB, dgr pndapat2 Kak Inayah, tazkirah Ir Zaifuddin masa kelas CIVIL dsb. Lama-kelamaan, mata hati daku yang dah lama tutup entah brapa lama, daku pun xtau, mula celik sikit demi sedikit. Kira dalam tempoh menghidupkan hatiku yg dah mati la ni. (ala2 org gila pergi berubat kat pusat pemulihan :P)

Isi 2
Dahulu kala, hati ini selalu dan sokmo runsing, xtenteram, sbb slalu je pk, "bila ko nak bertaubat Tina??! Dosa ko dah melimpah ruah ni, ko nak tgguh mende lg??", hatiku berbisik keras. Smpai mak Lily pon kata daku ni terlalu byk berfikir. Daku bertanya, "Eh, mana mak ko tau?". Lily pon mnjawab dgn muke sengal dia, "Mak aku tgok gaya ko tdo pon dah tau ko camne2". Ye, daku jenis suka tdo letak tangan kanan kat dahi untuk 'off''kan otak aku sbntar. (Plus, sbb hari cerah masa tuh, so tutup mata skali.) Kadang2, kita xnak pk pon, tp benda tu dtg tnpa diundang, jd kena pk la. Nak2 time bersendirian, lg mengom.

Isi 3
Perkara yang daku suka pk berulang2 kali, kat bawah ni daku buat list:
1. Slalu pk mak ayah ngn adik bradik (diorang camane la skrg)
2. Study + kelas (apsal aku main2 je spnjg kat uia ni)
3. Mmber2 (macamane nak cakap "tidak" jika diajak berhibur)
4. Duit (mana nak cari income nie ek, xkan nk minx kat mak ayah, segan dowh)
5. Ex-pakwe (Ko jgn kaco lg boleh x?!)
6. Allah + Rasulullah (bila nak bertaubat ni, dosa masuk tiap2 hari)
7. Kawen + baby (Bila la aku nak ready kawen nih, dah sangap nk baby, bila ada calon, ko xbrani plak, banyak songeh, duk pk org ckp pe je, dilemma)

Cukupla 7 perkara (7 lapisan bumi, 7 lapisan langit, 7 lpsan syurga, 7 lpsan neraka, ex-bf aku pon suka nombor 7, xpe..no. 7 xbersalah)

Isi 4
Oleh sebab demikian, rambutku mulai gugur dgn pantasnya, kulit kepala dah mula berkelmumur ( kena pkai lumur ni), migrain, resdung macam makin teruk, mcm2 la penyakit organ, deria dan perasaan. Ini boleh dikatakan tempoh stress, compress, depress, tension, dan xlupa mengom. Bila berlaku hal sedemikian --> kuat makan --> berat badan pon bertambah. Tapi, sjak dah masuk bulan puasa Ramadhani, berat badan turun drpd 56-->52kg, Alhamdulillah syukur nikmat. La ni baru sedar, badan cergas, otak cerdas. Patutla asyik migrain, otak duk perah peluh, badan xmau plak perah peluh. Nama pon malas (tu dulu).

Penutup
Sebagai kesimpulan, daku ingin menegaskan bahawa sekarang mata hatiku di dalam proses pembaikian. Silalah membanting padi membantu insan lemah ini ke jalan yg benar. Daku akan menghargai sahabat2 yg suka mengajak ke arah akhirat daripada mengajak pergi berhibur xtentu hala (pokai duit aku, tau dak???!) Dah la akaun bank zero.. haha.. just kidding.

Sekian, luahan hati kecilku yg rapuh.
Wassalam.

Tiada ulasan: