Rabu, 18 Ogos 2010

4) Kekosongan Minda

Assalammualaikum wbt

Harini kelas dari pukul 11pg smpai 5ptg. Dr. Tan dan Dr. Sharina memberi sepenuh "input" kepada kami pelajar2 uiam - universiti ini ada masalah. hehe.

(yg bermasalah ialah kami - the students / in other word - R.A.S.C.A.L.S)

Seriuz harini sungguh penat dan sengal2 otot serta sendi. wah!! lama xguna perkataan serta. lama betul. Apa2 pun, kepala otak sudah penuh smpai melimpah2 ilmu, xtahu nak letak mana lagi ilmu tu. Tmbahan lagi, balik bilik perlu mengulangkaji semula ilmu2 tersebut. kalau tidak, nahaslah hidup kami. Xskor 4 flat la gamaknya, eish3 nauzubillah.. TINA!! Teruskan perjuangan, tanpa megenal erti malas dan lemah. KAMU BOLEH!! YOSH!

(p/s -> sekadar meluah perasaan.. sape nak bagi kaunseling kat saya, silakan tnpa segan silu)

TQVM

Wassalam :(

Selasa, 17 Ogos 2010

3) Tutor 1-2-3-4, 5??


Assalammualaikum wbt

Daku cuma-sekadar-hanya ingin meluahkan keperitan di hati ke blog sendiri. Walaupun daku x amik EAP, kenapa masih terasa masih banyak kerja. Ya, jawapan sudah ada tapi xnak mengaku. Jawapannya ialah malas. Penyakit yg mengganggu gugat hidup setiap manusia. Tutor 1-2-3 sudah ade outline jawapan tapi biasalah, sape xkenal daku, daku memang malas mengarang jawapan dalam bentuk esei.

E.S.E.I. = A.I.S.E.Y... ;C

Tutor 4 sudah diberi jawapan masa di dalam kelas tapi sekali lagi daku malas menyalinnya kerana tulisan pada papan putih teramat halus dan kecil. Padah duduk barisan paling ceruk. Tapi boleh je mintak jawapan kat member, namun MALAS. Tutor 5 pulak menjadi misteri; adakah DR. Sharina sudah letak di BAIDURI ?? Ramai telah bertanya padaku perihal ini, namun mudah saja jawapanku, "Xtau la, cuba tanya Pian". HAHA.. Kasihan Pian jadi mangsa tapi nak buat macam mana, nama pun class Rep.

Tutor~tutor~tutor~ soto~soto~sotong~~ Aish, jangan fikir hal makanan! Astaghfirullah!

(Daku mahu mula menyiapkan tutor2 pada saat di"publish"kan post ini.)

Sekian, wassalam..

Yawn~

2) Teringin

Daku teringin nak pergi berjalan kat tepi tasik, padang rumput ke, taman bunga ke. Lily... jom la pegi mencari ketenangan daripada g karok tuh, buat sakit tekak je. Haha.. rindunya tempat2 macam ni. Tunggu ya..daku sedang berusaha mencari punca kewangan, no money, no trip !

1) Motivasikan Diri Sendiri

Assalammualaikum wbt

Dini hari yang panas dan hangat sambil melayan instrumental piano (x boleh pasang sebarang lagu - kurang pahala) pelbagai melodi; indah, sedih, cemas, gembira, sakit hati, lemas, dll. Hari manusia menahan lapar dan minum, menahan mulut daripada mengumpat. Persoalannya, puasakah daku?

Ye...daku sedang menaip dan mengarang setelah sekian lama membekukan tanganku dan otakku. Minda masih lagi bercelaru, tak mampuku garu, nanti makin haru biru (nasib baik suka warna biru) ~~mula melalut dah~~ ok2, daku cuma ingin menghebohkan bahawa daku akan mula bergiat aktif dalam penulisan. Hal ini kerana kelak daku akan ambil EAP (EAW pula) maka perlulah daku menajamkan otak kreatif lebih daripada otak logik (patutla migrain, sebelah otak tido lama sgt). Sejarah hidupku, tak pernah cemerlang dalam penulisan, cuma sekadar kredit saja, dari kecilku smpai besarku, kenapa tak boleh jadi 'terer' macam mak daku?? Mengarang nombor 1, sejarah nombor 1, bahasa nombor 1!!! argghhh!!! astaghfirullah~ sabar2~~

o(ToT)o woo~~

A, LUPA! Daku dah drop EAP sebab tak yakin dapat skor A. Musti!! Musti skor A! Taknak cincai2 dah semester ni. Sesiapa sudi menghulurkan bantuan untuk memperbaiki Englishku, sila tampil ke depan daku, jgn malu dan segan ok. I'll appreciate it v.m.

Sampai di sini saja lalutan daku. Bertemu lagi di lalutan hadapan.. Sekian, terima kasih.

\(^o^)/